Wednesday, 24 December 2014

Sanah Helwah My Bro..Barokahkah usia kita?

Keheningan pagi mula terasa, namun masih lagi kedengaran derap kaki manusia berjalan...Aku juga mulai ingin menyambung lena...Tiba-tiba ku teringat akat satu perkara...Ya, Tarikh 25 Disember...Tarikh ini adalah tarikh lahir abangku yang kedua...Selamat Ulangtahun yang ke-30 abang Hambali...ku tidak mampu menghulurkan hadiah yang mahal, hatta hadiah yang murah sekalipun tidak ku berkesempatan untuk mencari...Ah, bagiku bukan hadiah itu penting tetapi ingatan..Ingatan tanda menghargai, menghargai tanda kasih...

Alhamdulillah, bersyukur dengan nikmat kurnianNya...Bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah yang luas ini..Masih diberi peluang mencari bekalan menuju akhirat yang abadi, masih berpeluang bersujud memohon ampun kepada Ilahi dan masih berpeluang menghayati hakikat hidup insani...

Seringkali kita dengar, apa guna usia yang panjang tanpa tunduk sujud kepada perintahNya?..Apa guna meninggal pada usia muda andai bekalan pun tidak sampai ke mana?..Astaghfirullahalazim..Allahu Akbar!Inilah kuasa Allah..Yang Maha Menghidupkan malah Dialah yang berupaya mematikan...Tidak perlu bertengkar tentang perkara yang sia-sia..Ayuh, sama-sama mencari reda Ilahi!...Bagaimana?...Amar makruf nahi mungkar..Melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran...Mudah dilafaz tidak mudah dilaksana..Mengapa mehnah itu pahit?Kerana syurga Allah itu manis..Beruntunglah bagi mereka yang bersabar...Allahu...

Ku seru diriku ini malah kalian yang aku kasihi, isilah usia kehidupan ini dengan perkara yang baik dan tidak melanggar syariatNya..Tujuanku pada kali ini ingin menyeru kita semua kembali kepada Allah..Sedarlah, BANGKITLAH UMAT ISLAM SEKALIAN!!! AYUH BERJUANG!!! MELAWAN NAFSU DALAM DIRI!!!.Dunia ini hanya sementara..Akhiratlah yang kekal selamanya..wallahualam..

"Ya Allah yang membolak-balikkan hati ini, kurniakan kami keteguhan iman".

25/12/14
1.48 am

Semester 4 sudah..~senyum~

Assalamualaikum dan Selamat Senja...


Maaf kepada diri sendiri dan blog ini serta kepada peminat setia blog ni..*cewah..perasan sikit..haha..Apa khabar?Intan di sini Alhamdulillah sihat walafiat...Dah lama sangat Intan abaikan blog Intan ni..Rasa nak "update" tu selalu ada tapi duri palas kat badan ni banyak sangat..Jadi kali ini Intan agak teruja lah nak "update entry"..haha..*berfikir sejenak sebab tak tahu nak tulis apa..

Hah...dah dapat idea...sekarang Intan dah semester 4, Alhamdulillah..Untuk sem ni ada satu tugasan yang memerlukan setiap kumpulan membina blog dan membuat rancangan perniagaan sendiri..Kumpulan Intan terdiri daripada 6 orang..Kholifah Bagus(Ketua kami),Nicolas,Haniff,Athira, Zura dan Intan sendiri..Jujurlah, Intan suka bekerja dengan diorang,selesa dan orang kata boleh bawa berbincang..Bagi Intan kumpulan untuk subjek ni paling "happening' sebab kami dah 3 sem bersama..Nah, Intan kongsikan gambar mereka..)


Kat Soto Nor Cafe
Kumpulan kami memilih restoran sebagai perniagaan kami..Gambar kat atas tu sewaktu kami berjumpa dengan pemilik restoran, En. Selamat untuk menemubual beliau..Sungguh budiman orangnya..Semoga Allah murahkan rezeki En. Selamat dan keluarga..inshaAllah..Amin..Rasanya itu aje perkongsian kali ni..ni baru lepas maghrib..tak lama lagi nak masuk isya'...dan lagi satu, ayuh kita semua doakan saudara-saudara kita yang sekarang ini mengahadapi musibah banjir..Semoga Allah melindungi kita semua daripada malapetaka yang tidak disangka..Kembalilah kepada jalan yang benar...Allah Maha Besar..wallahualam..

24/12/14
07.00 pm

Tuesday, 12 August 2014

Hati, Diri, Mengapa?

Subhanallah..setelah sekian lama Intan tidak menjenguk dan mencoret sebarang tinta..kali ini terdetik untuk kembali menyusun kata dan bicara..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua pembaca..

Urm,kalu sebelum ni Intan tulis blog nampak agak formal, kali ni nak santai-santai jek..Intan nak kongsi apa yang Intan rasa..Ntah, kadang-kadang sakit tu tak terluah kan?haha..Nak cakap kat korang,sem ni agak sibuk berbanding sem-sem yang lepas..Sejujurnya Intan pun merasakan sedikit tekanan untuk sem ni..Ya Allah,tabahkan hatiku..mana taknyer..awal-awal sem pun dah banyak keje datang bertimpa-timpa..Program jabatan,kolej dan universiti...fuh..tak baik kan merungut..Astaghfirullahalazim..hmm,Intan tak salahkan program tu atau amanah yang Intan perlu galas..Tetapi yang menjadi kerisauan adlh diri sendiri..Intan takut tak dapat urus masa dengan baik, nak ulangkaji n seimbangkan kerja...Allahu...Jujur nak cakap..Intan rasa sedih..selalu nak nangis..takut sangat..Intan pun tak tahu kenapa..Orang memang nampak Intan okay..Intan cerita pun, orang tak faham apa yang Intan rasa..mereka tahu cakap jek...tp ye lah..memang org tak kan faham..hanya diri kita je yg faham diri sendiri kan? Ada satu hari,Intan call kakak..tak tahan sangat..nagis puas hati ngan kakak..Intan tak kan cerita apa-apa yang sakit kat ma atau abah sbb Intan tak nak mereka bimbang..biarlah Intan sakit,susah kat sini sikit..ma n abah lagi banyak berkorban untuk Intan..Intan pun sedih n benci dengan sikap Intan yang panas baran ni..Ya Allah..Intan kadang-kadang tak nak pun marah orang tp terlepas jugak.tak suka pun nak marah-marah ni..Tapi Intan jenis yang tak simpan marah dlm hati..If Intan marah,marah Intan habis stakat tu jek..x simpan ke esok..Jadi, buat kawan-kawan, Intan minta maaf sbb bnyak susahkan korang, sakitkan hati korang..marah-marah korang ke..Tegurlah Intan..Intan sedih lah korang..sedih sangat..hati ni rasa sesuatu yang buat Intan sering rasa lemah..Intan nak Intan yang dulu, brsemangat!sekarang...Intan nak berubah..Sekarang, selalu jek  nangis sorang-sorang kat bilik sbb tak tahan..Intan hargai kehadiran kawan-kawan kat sini..Intan hargai kehadiran mereka yg Intan sayang di sisi Intan walau brjauhan..mereka lah obor semangat Intan..

Apa yang Intan merepek kat ats tu luahan hati Intan..abaikan jika tidak berminat..sekiranya sudi..nasihatkanlah diri ini..

Wednesday, 14 May 2014

~Aku Milik Tuhanku!!!

Langkah diatur, bicara disusun,
Debaran terasa, hati gelisah;
Andai tersilap ku pohon ampun,
Jiwa diluhur semoga pasrah.

~Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera~

Hidup...Apakah itu hidup? Bagaimana pula dengan "KEHIDUPAN"? Ayuh sejenak membina minda, membuka mata, lapangkan jiwa...

Tidak ingin berbicara berjela-jela.Tidak ku ingin meluahkan rasa yang tidak terucap dek lidah, tidak tertanggung dek bahu, tidak tergambar dek deria mata...

Hanya ingin meninggalkan karya nukilan diri Insan Berdosa yang masih merangkak mencari jalan, masih terombang-ambing dek arus kehidupan, masih mencari sinar dari Tuhan, Allah S.W.T, Pencipta Yang Maha Agung...

Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu,
Kata-kata yang sinis, pedas, panas ku jadikan membeku,
Biar ku menuju jalan penuh liku,
Biarkan cemburu terkubur,dengki mengundur,
Asalkan tak cemari hidupku,
Biarkan aku senyum selalu,
Tandanya ku tiada seteru,
Jangan kau terpenjuru,
Jangan kau bercelaru,
Aku milik Tuhanku.

Aku wanita penuh dosa,
Resah memikirkan hari kematian,
Adakah hidup ku terisi ke arahNya,
Kadang-kadang tersungkur ke lembah dosa,
Seringkali alpa mengingati ALLAH Yang Maha Esa,
Lupa, Khilaf, Tersalah langkah!

Kehidupan penuh warna-warni,
Ibarat pelangi muncul pabila hujan reda,
Harapanku kini,
Mengejar redha Ilahi,
Meniti hari demi hari,
Penuh ketenangan di hati,
Persediaan menghadap Ilahi,
kerana
AKU MILIK TUHANKU...

Setiap yang hidup pasti akan mati!!!
Allahu Akbar!!!
14 Mei/18.25 pm


Sunday, 4 May 2014

Diploma Perniagaantani...

Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat Muslim sekalian...dan Salam Sejahtera kpd sahabat-sahabat yang bukan Islam...


Dah lama sebenarnya tak jengok blog ni...macam lupa pulak yang Intan ni ada blog...hehe...Sebenarnya dalam coretan kali ini Intan nak bercerita serba sedikit tentang bidang pengajian yang Intan ambil kat Universiti Putra Malaysia, Bintulu , Sarawak...Ni juga adalah atas permintaan salah seorang sahabat di sekolah menengah dulu...

Nak kata cerita banyak tu tak lah..cuma Intan akan bercerita mengenai pengalaman yang telah dilalui sepanjang 2 semester ni...Allahu Akbar!

Baiklah...Diploma Perniagaantani menggabungkan kedua-duanya..Pertanian + Perniagaan...hakikatnya,memang seronok...lebih-lebih lagi apabila mendapat banyak ilmu pengetahuan berkenaan pertanian, ekonomi negara, perniagaan sama ada secara umum mahupun khusus dalam bidang pertanian...sejujurnya, Intan dah JATUH CINTA terhadap program ni...ye lah sebab pada mulanya Intan ni tak tahu dan tak nampak skop atau apa itu Perniagaantani..lama kelamaan, Intan dah faham...

meh baca ni...

DIPLOMA PERNIAGAANTANI

Program Diploma Perniagaantani ditawarkan untuk melahirkan tenaga separa profesional yang berketerampilan dalam mengurus, mengendali dan memanfaat sumber pertanian negara. 
Penekanan diberi dalam melahirkan graduan yang mampu mengurus organisasi selain menangani cabaran perniagaan dalam bidang pertanian terutamanya berkaitan dengan rantaian bekalan agro-makanan (agro-food supply chain).
Diploma Perniagaantani memberi tumpuan kepada bidang seperti pengurusan, pemasaran, kewangan dan keusahawanan dalam pertanian. Graduan mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor awam atau swasta selain menjadi usahawan tani.
Diploma Perniagaantani adalah enam (6) semester dengan jumlah kredit 104 sepenuh masa (termasuk 2 kredit ko-kurikulum).


SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA PERNIAGAANTANI

Memenuhi Syarat Am Universiti serta SYARAT KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C atau 6C) dalam mata pelajaran Mathematics, Biology atau Science dan kepujian (Gred C atau 6C) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut:
  • Chemistry
  • Physics
  • Additional Mathematics
  • Sains Pertanian
  • Perdagangan
  • Prinsip Akaun
  • Sejarah
  • Geografi
  • Subjek Sains & Teknikal berkaitan*
(*Additional Science/ Tanaman Makanan/ Teknologi Bengkel Mesin/ Kerja Menggegas dan Memesin/Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan/ Pengeluaran Makanan/ Pengeluaran Ternakan/ Hortikultur Hiasan dan Landskap/Kejenteraan Ladang/Pengurusan Ladang/Teknologi Maklumat/Asas Pemprosesan Maklumat/ Katering dan Penyajian/ Landskap dan Nurseri).
dan
Mendapat sekurang kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

PROSPEK KERJAYA
 
Graduan program ini adalah berkemahiran dalam bidang perniagaan dan berpengetahuan dalam pertanian sebagai pelengkap kepada kemasukan ke pelbagai peluang pekerjaan sama ada agensi kerajaan, badan berkanun mahupun sektor swasta termasuk kewangan dan perbankan. Selain itu, para graduan juga boleh menjadi usahawan dalam bidang pertanian.

*sumber ini saya ambil daripada = http://www.btu.upm.edu.my (taip je Diploma Perniagaantani)

Nak cerita ni, semasa semester 01 Intan berpeluang merasai pengalaman menanam jagung bersama-sama sahabat seperjuangan...Alhamdulillah seronok...Semester 02 pula kami menanam rumput pastura iaitu rumput yang menjadi makanan ternakan..Hah? ingat lembu kambing tu makan semua rumput kat tepi jalan kew?selama ni Intan pun ingat macam tu...tetapi sebenarnya tidak...!haha..memang lucu kalau fikir balik yang kami bercucuk tanam rumput pastura tu..hmm,sangat membuka minda...

Baiklah,antara subjek yang Intan belajar semasa berada di semester 01:

1) English For Academic Purposes
2) Pertanian dan Manusia
3) Biologi Pertanian
4) Matematik II
5) Kenegaraan Malaysia
6) Prinsip Pengurusan
7) Bakti Siswa ( Kokurikulum)

Semester 02 pula:

1) Pengenalan kepada Teknologi Maklumat
2) Hubungan Etnik
3) Prinsip Ekonomi
4) Tamadun Islam dan Tamadun Asia
5) Oral Interactions Skills
6) Pengenalan kepada Perniagaantani
7) Prinsip Perakaunan
8) Bola Tampar ( Kokurikulum)

oh lupa..yang Intan cerita pasal menanam tadi tu dipanggil sebagai Program Buku Hijau...:)

haa..dah jelas kan sedikit sebanyak tentang skop program ni kan?harap sedikit maklumat ini mampu menjelaskan fikiran yang tepu, mampu merungkaikan tali yang tersimpul, juga dapat membuka minda yang sempit...

Mengapa saya berkata sedemikian? Hal ini disebabkan oleh, ramai dalam kalangan remaja kini tidak berminat dalam bidang PERTANIAN dan hanya mengejar program atau bidang-bidang yang glamor sahaja..Ya, tidak salah!..Cuma,hakikat yang sebenar PERTANIAN JUGA PENTING dan mereka yang hanya memandang remeh pada bidang ini adalah salah sama sekali..

Menurut pandangan saya, semua bidang tak kira jurutera, perniagaan, pertanian, medik, pendidikan dan sebagainya adalah sangat penting dan mempunya kebaikan yang tersendiri...

Alhamdulillah...sekarang Intan sudah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..dan matlamat yang utama kini ialah mencapai kejayaan yang diberkati...Saya juga doakan sahabat-sahabat sekalian berjaya dalam bodang yang diceburi...ALLAH Maha Adil..Percayalah dan berserah diri serta bertawakkal kepada Allah tetapi jangan lupa usaha!...

Intan rasa setakat ini dulu coretan kali ini..Wallahu'alam..

p/s; dah lama sgt tak menulis ni..:)

mohon maaf atas silap dan salah...


 

Thursday, 6 March 2014

ICT ku~la,la,la~

Allahu Akhbar..mengantuknya pagi ni...tapi tahan jugaklah mata tak kasi tidur sbb pukul9 pagi ada kelas akaun...lagipun tak elok kan tidur lepas Subuh...(senyum)

Baiklah...Assalamualaikum semua...Apa khabar?

Nak cerita pasal ape yek?Hurm,hari tu Intan punya Tutor ICT mintak update blog dan cerita tentang apa yang kami buat dalam kelas atau amali ICT lah...So sementara mendapat rezeki pagi ni dapat 'online', saya rebutlah peluang ni dengan sebaiknya!..hahaha

Ok guys, hari tu dalam kelas ada tugasan kumpulan kene buat RANCANGAN PERNIAGAAN...What???Apa tu??? Almaklumlah semua tu dianggap baru dalam hidup Intan..Lainlah kalau sebelum ni Intan sekolah amik aliran yang macam ni...Untuk RP tu kami kene tubuh syarikat sendiri lah ni..Cewwah..haha..konon dah graduate ar,banyak duit tu nak buka bisnes berasaskan pertanian..Well,budak Agribizz katakan...Yaks(^-^)haha...Sekali-sekala angkat bakul sendiri,selalu orang yang tolong angkatkan..So,Intan satu kumpulan denga 2 orang lagi rakan kongsi perniagaan tu..Azwa budok klate dan Asikin orang Jowok dr Selangor...Comel lotte kakloh demo ni weh..Macam aku..:P...

Apa bisnes plan kitorang?hah,sabarlah baru nak cerita,tengah ambil 'mood' ni...(sambil hirup Vico)...RP kami berkenaan Rancangan Perniagaan Penanaman Cili Merah Fertigasi...Wah,daebak!Ni dia latar belakang sedikit sebanyak proses kerja kami...Kami 'search' lah pasal ni kat internet,lepas tu jumpa lah contoh - contohnya..baru lah paham apa yang kene buat..baru nampak apa tu RP..siyes!So, proses tu bermula lah sehinggalah siap dan malam presentation tu kami present lah projek kami tu..Alhamdulillah berjaya..(berjaya settlekan kerja) ..Thanks Azwa n Ikin..:)...Kalau kawan-kawan pembaca yang tak tahu apa tu RP,anda semua pun boleh search kat internet yek..tp Intan rasa kawan-kawan bloger Intan ramai yg tahu kan?Maklumlah satu kos..krik..krik...Kami semua kene buat walaupun berbeza kumpulan amali..By the way, seronok sebb belajar sesuatu yang baru...Lagi pun nnti semester 04 kami ada subjek yang kene buat Rancangan Perniagaan ni...Jadi tu sebagai pendedahan lah..sekurang-kurangnya nampak gambaran dia...

Honestly,Intan nak cerita apa tu FERTIGASI tapi agak kesuntukan masa sebab nak buat revision akaun dulu..nanti ada kelas!...tak pe,sape2 yang nak tahu tu,google eah...hehe..Ok,sekarang Intan nak mengundurkan diri terlebih dahulu..

Salam kemaafan, mohon diampun silap dan salah..Doakan Intan berjaya dalam hidup baik di dunia dan akhirat..insyaAllah...(Minggu depan dah final)...

Mulakan hari dengan senyuman dan hati yang tenang...:)

07/03/14
7.24 a.m

Saturday, 22 February 2014

Nak bahagia tak?ni dia 10 Kaedah Raih Kebahagiaan~

Assalamualaikum w.b.t dan salam kerinduan ku utuskan...

Lama tidak mencoret tinta buat aku rasa rindu 
Rindu untuk berbicara,
Bicara bisu penuh syahdu,
Pengganti nasihat tanpa suara,
hanya tinta melontar rasa.

Ya Allah, tidak dapat digambarkan rasa apabila kembali bersua...Alhamdulillah...Sebelum Intan meneruskan bicara,apa khabar semua???Intan harap pembaca semua sihat sejahtera, insyaAllah...Sedikit nasihat;di kala cuaca yang tidak menentu ini,harap kalian semua termasuk lah diri Intan sendiri menjaga kesihatan diri.Minum banyak air kosong/masak,tidur yang cukup, jaga pemakanan..boleh sayang-sayang semua???


Kembali kepada tajuk di atas,semua orang nak bahagia kan?Memang benar bagi umat Islam, "Hanya dengan mengingati Allah, hati kita akan tenang".Namun bagaimana untuk mencapai ketenagan itu? Macam-macam cara yang kita boleh amalkan selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat bagi umat Islam..Intan ingin kongsikan disini 10 KAEDAH oleh seorang pakar psikologi berbangsa Amerika yang dikongsikan  oleh Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni dalam karya beliau...


1) Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Apabila pekerjaan yang anda sukai itu diperoleh, maka isikanlah hobi pada waktu lapang.
2) Perhatikan KESIHATAN FIZIKAL iaitu dengan mengatur rutin makan, minum tanpa berlebihan, membiasakan riadah dan menjauhi tabiat buruk dan merugikan.(contoh:merokok...hehe)
3) Harus mempunyai HALA TUJUAN  HIDUP, kerana itu akan membangkitkan semangat anda!!!
4) Menjalani kehidupan apa adanya dan menerima baik yang manis mahupun pahit dengan HATI YANG LAPANG...
5) Hayati hidup anda!!!..(Ya, jangan menyesali apa yang telah berlalu, terus maju menjana masa depan ke arah yang lebih baik..oh yeah!)
6) Selalu BERFIKIR dalam kerja dan MEMBUAT KEPUTUSAN..Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan anda atau sesutau yang menimpa anda. (take a note!)
7) Sentiasa memandang orang di bawah anda. (jangan menjadi kacang lupakan kulit)
8) Biasakan diri untuk murah dengan SENYUMAN, BERJIWA PERIANG dan berteman dengan orang yang OPTIMIS.
9) MEMBANTU ORANG LAIN DALAM KEBAHAGIAAN agar mendapat harum dari kebahagiaan mereka.
10) Manfaatkan peluang yang cerah lagi indah dan anggaplah itu adalah terminal yang sangat penting untuk capai kebahagiaan.
 
 


Ya, itu tadi antara kaedah yang dikongsikan...Bukan mudah untuk mencapai kebahagiaan, namun harus diingat KEBAHAGIAAN ITU ADA!! Tetapi harus berusaha untuk mencapainya...Tiada yang percuma wahai rakan pembaca semua...Allahu Akbar!!!

Ayuh, kita sama-sama mencari kebahagian,bahagia yang dilimpah kurniakan rahmat dan keredaan oleh Allah S.W.T, insyaAllah~^^~

Zahirkan lah kebahagiaan dalam diri,
Moga bahagia itu semerbak harum mewangi,
Mengisi ruang hati nurani,
Setiap insan berhgelar insani.   
      

23/02/2014  



Saturday, 1 February 2014

Kesinambungan 'entry' yang hari tu..~^^~

Assalamualaikum dan Selamat Pagi...
Allahu Akbar!!!Dah lama rasanya Intan tak jenguk blok kan?
Hari tu Intan ada janji nak cerita pasal sesuatu kan?Baiklah,We start now...

Ceritanya begini..semasa awal cuti pertengahan sem yang lalu...Intan dan beberapa orang lagi barisan ahli Kelab Rakan Siswa Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dijemput mengendalikan Kem Kepimpinan Pengawas di SMK Kemena, Sarawak...Sekolah tu besar sangat..*opss luas maksud Intan..Masih baru kerana menurut sumber sekolah itu dibina pada tahun 2011..Still new right?

Sape yang terlibat?Hah, kalau dah sebut Kem Kepimpinan Pengawas tentulah para pengawas sekolah kan? Seramai 65 orang pengawas sekolah yang mengikuti kem ini...Pada mulanya Intan berdebar jugak lah..Almaklumlah pengalaman pertama menjadi fasilitator semenjak bergelar mahasiswi..cewah...~^^~Tetapi Alhamdulillah kem yang berlangsung selama 2 hari tersebut berjalan lancar...

Apa yang istimewanya ialah kepelbagaian kaum dan bahasa yang Intan dengar daripada percakapan mereka...Seronok tau bila dengar bahasa mereka ni..Ada kaum Melanau,Iban,Melayu dan lain-lain..Urm,kawan-kawan nak tahu tak?Hari pertama Intan sampai kan,terkejut lah sikit sebab Intan tengok diorang ni tubuhnya..krik..krik..jangan marah tau..agak kecillah kata orang.ingatkan budak-budak sekolah rendah..tp tak logiklah kan sebab dah terbentang luas SMK kot...hehe..Tapi memang hakikat sekarang budak tubuhnya kecil kan?Namun mereka berjiwa besar...Cukup berani...Bak kat pepatah,"Kecil-kecil cili padi,pedasnya terasa"..psst...ni reka pepatah sendiri..lupa plak sambungannya..peace ya!

Mereka ni sangat bersemangat..Urm masa hari pertama tu kan,kami barisan fasi masuk dewan dan kami ternampak seseorang mengetuai pelajar yang lain..Hanya dengan mengangkat tangan memberi isyarat,pelajar lain pun semua ikut...Asalnya kami ingat dia tu cikgu sebab muka dia nampak paling matang lah kat situ..Rupa-rupanya pelajar tingkatan 5!!!Memang mnyerlah ciri-ciri kepimpinan dalam diri pelajar tersebut...Subhanallah,betapa dia tenang mengendalikan ahli kumpulan dan rakan-rakan seperjuangan yang lain..Cikgu yang ada kat situ pun macam hairan..Ye lah,dia bukan Ketua Pelajar sebab KP belum dilantik..Menurut cikgu juga,murid tu daripada aliran sastera...Dan mungkin sebelum ni cikgu tak pernah nampak kewujudan pelajar tu...Di sini aku nampak..sebenarnya KEPIMPINAN tu ada dalam setiap orang...Tambahan pula setiap manusia itu ADALAH PEMIMPIN KEPADA DIRINYA SENDIRI...

Banyak aku belajar dalam proses memberi pengajaran kepada mereka...Aku terbayang zaman aku jadi Majlis Pemimpin Pelajar di sekolah dulu..Ada silapku yang menggunakan cara yang salah dalam menegur kawan-kawan yang melanggar peraturan sekolah...Hmm,bila ingat balik..ntahlah..Jadikan itu satu pengalaman,kenangan dan pengajaran buat aku...SEBENARNYA,setiap orang mampu berubah...Diri sendiri harus sedar untuk memimpin diri ke arah jalan yang lurus atau yang bersimpang-siur...

Ya,sampai di sini sahaja coretanku...Ini hanya perkongsian rasa dan pandangan..Buat sahabat,teman, dan kawan-kawan,mudah- mudahan kita semua sempat membetulkan diri dan sentiasa di jalan yang lurus sebelum diri ini menutup mata selama-lamanya..insyaAllah..:)

YA ALLAH,MATIKANLAH AKU , IBU BAPAKU, AHLI KELUARGAKU, SAHABAT-SAHABATKU DALAM IMAN, ISLAM DAN DALAM KEADAAN HUSNUL KHATIMAH...Amin..

02/02/2014

Monday, 27 January 2014

SMK KEMENA!!! OH YEAH!!!

Assalamualaikum w.b.t dan salam kasih sayang buat diri sendiri dan kalian yang sudi menjenguk ruangan tinta ku ini..Alhamdulillah..:)

Dah lama rasanya tidak mengintai di ruangan ini..sudah berhabuk mungkin...harap tidaklah..Hah?mesti tertanya - tanya kan?Kenapa dengan SMK KEMENA?
tunggu episod yang seterusnya Intan akan menceritakan kisah lanjut mengenai perkara ini...sebab sekarang ni Intan banyak kerja lagi yang hendak dibereskan..hehe..maaf..asif jiddan...


Barisan fasilitator

Wednesday, 8 January 2014

Spontan Jew Ni~^^~


Hai kononnya nak lipat baju yang tengah bersidaian kat bilik ni..Tapi bila buka laptop dapat line lah pulak...apalagi on9!!!buka blog...update post...baju,sabar ye..nanti saya lipat awak semua..:)

ASSALAMUALAIKUM....GUANO GAMOK BLAKE???

Banyak kali dalam hidup ni kita mengulangi kesilapan yang sama...DAN bila kita buat silap kita pasti akan mengungkapkan kata-kata seperti ini,"Biasalah,kita kan manusia x sempurna"...hmm,Intan sedang mengejar masa dan tidak akan berbicara panjang.Cuma Intan tergerak hati dan terlintas di fikiran ni tentang perkara ni...

Kita terus kepada "point" utama yang ingin dibicarakan ialah tentang kita sebagai manusia yang punya akal dan keupayaan untuk berfikir haruslah menggunakan AKAL yang ada dengan sebaiknya...Intan nasihatkan ini untuk diri Intan jugak agar sentiasa bermuhasabah diri dengan setiap apa yang berlaku.Ma Intan selalu pesan supaya Intan tidak menyakitkan hati orang lain,jangan mencaci mahupun mengutuk kelemahan serta kesilapan orang lain...tapi kadang-kadang terbabas jugak...

Jadi Intan nak seru diri Intan dan kawan-kawan semua agar kita berusahalah untuk tidak menyakiti hati orang lain...dan janganlah amalkan sikap kutuk-mengutuk,caci- mencaci dan sentiasa mencari silap orang lain tanpa MENYEDARI kesilapan sendiri...Cuba lah kita fikir,kalau kita duk asyik mencaci orang jek,kita ni betul sangat ke?are u perfect?tak usahlah...Dalam hidup ni apa yang BAIK kita jadikan sebagai TAULADAN, dan apa yang BURUK kita jadikan sebagai SEMPADAN dan selagi ianya tidak melanggar SYARIAT...Islam pun tidak mengajar ummatnya menggunakan perkataan2 yang tidak elok mahupun sikap2 yang KEJI ini...

Kalau lah kita mengumpat,dan tidak meminta maaf dengan empunya diri yang diumpat nescaya kita akan menanggung dosa mengumpat itu selamanya..Allah Maha Mengetahui dan pohonlah ampun dariNya...tetapi pernah dengar tak kata-kata ini.."jika berbuat silap dengan manusia,mohonlah maaf dengan insan itu,jika berbuat silap atau melanggar perintah Allah seperti meninggalkan solat,mohonlah ampun kpd Allah,hanya Allah sebaik-baik pemberi pertolongan dan Maha Pengampun"..Sebut pasal buat silap dengan orang ni,dulu masa zaman duk suka menengok artis-artis ni,mulut ni laju jek duk mengutuk artis tu,lepas tu Ma Intan tegur la,"yang suke beno ngutuk oghang tu bakpe?x dop kije lain doh ke?dang ke awok cari orang tu nok mintok maaf sebelum awok mati?"..Ya Allah,masa ni tersentap jugak lah..betul juga cakap Ma tu...

Dipendekkan cerita,ambillah pengajaran daripada setiap yang berlaku dan renunglah kehidupan di sekeliling kita dengan positif dan bersyukur pada YANG MAHA KUASA atas nikmatNya...dan ingat!jangan hanya perkara kecil,kita menjadi berpecah - belah..wallahualam...




*maafkan segala kekasaran tutur bicara Intan...sebarang teguran dan komen serta penambahan Intan   sangat  alu-alukan...

08/01/14


Thursday, 2 January 2014

>Siapa Aku?

Awal Bismillah pembuka bicara,
Salam dihulur harap bersambut.


Di hening malam yang sunyi,ku berbisik sendiri...Mengenang kembali kisah lampau zaman silam...Hatiku bermonolog,"siapa aku dulu,kini dan akan datang?"...Ingin sekali aku berkongsi di sini sedikit sebanyak perihal diriku ini--->IntandayTahir...

Selamat berkenalan wahai teman,selamat menjalinkan persahabatan wahai rakan...

Tanggal 26 Jun 1995 pada hari Isnin jam 8.50 pagi aku dilahirkan.Alhamdulillah,syukur ke hadratNya kerana aku dan ibuku selamat walaupun mengalami sedikit komplikasi kerana aku dilahirkan secara songsang.Namaku?hmmm kalau Intan cakap nama penuh Intan mesti ada yang ingat Intan ni keturunan Brunei kan?Baiklah,nama Intan ialah Siti Dayangku Intan Liana Binti Tahir.Asal usul namaku ini adalah disebabkan oleh Abah sangat meminati cerita-cerita klasik dan aku berandaian mungkin Abah mahukan anaknya ini menjadi lemah-lembut dan sopan-santun seperti gadis-gadis zaman dahulu...*wakakaka*..psst,dan hakikatnya aku sikit pun x lemah-lembut...hah..lagi satu,Intan ni adalah anak jati Terengganu Darul Iman.."Guane gamok oghang kite weh???"

Kita pendekkan cerita,Intan adalah anak ke-7 daripada 7..haha..*anak bongsu ni*..tp x manja okay!sket je lah kot-^^-.Intan ada 3 orang abang *taiko-taiko deme ni* dan 3 orang kakak..Masa kecik dulu sekolah kat Tabika Kemas Taman Rahmat..*kat rumah jew..pergi sekolah jalan kaki jew*.Bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Merchang(SKMT) yang jaraknya 6 kilometer dari rumah jadi Intan naik bas sekolah yang warna oren tu dan bila dah usia meningkat kepada 13 tahun,*maknanya dah sekolah menengah kan?..Intan mulanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara (SMKTLS) dan duduk asrama *padahal 30minit je dr rumah* tapi dalam 2 minggu je sebab lepas tu Intan berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring (SMKATJ) sehinggalah tamat tingkatan 5...Alhamdulillah...yang kat SMKATJ ni Intan duduk hostel jugak sebab sekolah ni lagi jauh dari rumah...dah "jodoh" Intan pun dengan SMKATJ..

Intan dan Ila


Sebenarnya selepas tamat sekolah menengah Intan bercita-cita untuk menyambung pengajian dalam bidang syariah dan undang-undang di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) di Terengganu dan berhasrat untuk melebarkan sayap ke Universiti of Yarmouk , Jordan tetapi Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Alhamdulillah rezeki Intan untuk menyambung pelajaran di menara gading tercapai tetapi dalam bidang Diploma Perniagaantani (DPNT) di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu,Sarawak.Segala puji bagi Allah.Intan kini bergelar mahasiswi di UPMKB dan merupakan pelajar semester 02 DPNT.Tak dapat lebarkan sayap ke Jordan pun tak apa sebabnya dapat lebarkan sayap ke Sarawak*naik kapal terbang,jadi sayap kapal terbang jek yang lebar,aku mana ada sayap..haha*

                       
      Yang manis tu kawan satu kos,satu blok,satu aras (aqilah namanya)

Ops,sebelum terlupa selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , Intan dapat menyertai Kem Latihan Khidmat Negara di Batu Jong , Kuala Krai , Kelantan...Pengalaman yang sangat menyeronokkan dan menarik.Kat PLKN Intan di bawah Kompeni Delta dan Intan merupakan ketua kompeni bagi wirawati Delta*percaya tak?*Intan rasa kem kitorang paling syok sebab ayahanda komander sporting walaupun tegas!Dan jurulatih kompeni Delta pun semua masyuk-masyuk sehinggalah kompeni kami menang anugerah kompeni terbaik!yehaa...Alhamdulillah..Tetapi tiada gambar yang Intan simpan pada laptop ni.Just in memory..haha

Itu sahaja yang mampu dikongsi tentang perjalanan hidup sepanjang 19 tahun *x cukup umur lagi sebenarnya*...haha..bajet sket...

03/01/14



Wednesday, 1 January 2014

Post ni x dek gambar..just luahan rasa!!!

Assalamualaikum w.b.t....

Kali ni aku punya entry duk menaip kat library...geram!!!!!!!!!!!!!nak buat elis,tapi tak boleh...nak buat macam mana redha je lah...eh,eh..elis tu bukan nama orang tau tapi dia ni salah satu kitorang punya tugasan untuk subjek BBI 2420 Oral Interaction Skill..hehe..seronok tau buat tugasan tu..semangat Intan , Ekin , Arisah , dan Aqilah bersiap - siap...tapi x pew..dapat pergi library online..kihkihkih...bukan ape pun,update blog jap...kat sini line nya bagus!ye kew?iye...lagi laju la drp kat bilik...ok stakat tu je..sajew nak kongsi..bagi kawan-kawan yang satu kos dengan Intan,untuk makluman Elis hanya boleh dibuat semula pada minggu hadapan..Sekian Terima Kasih...

~Ku Utus Pesanan Buatmu Wahai Pemuda~

~Bismillahirrahmanirrahim~

-Mohon dilapangkan dada-Ditenangkan jiwa-
Sentiasa bermohon kepada Allah agar kita sama-sama dibuka pintu hati untuk menerima nasihat dan teguran.InsyaAllah.Amin.


Pemuda,engkau dan kami adalah aset yang berguna untuk masyarakat, kalianlah pemimpin di masa hadapan. Kalianlah generasi pengubah dan pendidik masyarakat.Ku utus pesanan ini buatmu..Aku sebagai wanita ingin sekali melihat kebangkitan kalian wahai muslimin yang dikasihi Allah.Ayuh,pemuda bangkitlah!

Penuhilah diri kamu dengan ilmu dan akhlak, untuk bekalanmu dalam memimpin generasi masa depan.

Maka aku ingin menasihati dirimu wahai pemuda dan mereka yang sewaktu dengannya.


 1. Taatilah Allah dan RasulNya dan jauhilah apa yang dilarangnya.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ” سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله ، ورجل قلبه معلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ، ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله . ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه ” متفق عليه

Dari Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda “Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :- Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya. [Muttafaqun Alaih]

Sabda Rasul Allah SAW yang bermaksud :"Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum kepada pemuda/remaja (termasuk pemudi) yang tidak ada (mengalami) keruntuhan akhlak/moral pada dirinya".(HR. Ahmad & Abu Ya’la).

2. Ambillah segala kesempatan di zaman mudamu ini dengan memenuhi setiap masa lapangmu dengan ilmu.

قال النبي صلى الله عليه وسلم . : إغتنم خمسا قبل خمس : (1) شبابك قبل هرمك . (2) وصحتك قبل سقمك . (3) وغناك قبل فقرك . (4) وفراغك قبل شغلك . (5) وحياتك قبل موتك رواه الحاكم في المستدرك،341،4، من حديث إبن عباس رضي الله عنهما

Sabda Rasulullah yang bermaksud : “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa mudamu sebelum datang masa tuamu. Kedua : masa sihatmu sebelum sakitmu. Ketiga : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)mu. Keempat : masa lapang sebelum tiba masa sibukmu. dan kelima masa hidupmu sebelum tiba masa matimu.” 
(riwayat al-Hakim dalam Mustadraknya). 
Hadis Ibnu Abbas r.anh.

3. Jagalah kehormatan dirimu dan jauhilah zina.

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِيعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وَجَاءٌ». رواه البخاري ومسلم

“Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginyabenteng nafsu” .
(Hadith riwayat Muslim).

Pemuda dan Dakwah Islam.

قال صلى الله عليه وسلم ” أوصيكم بالشباب خيراً. فإنهم أرق أفئدة.. لقد بعثني الله بالحنيفية السمحة.. فحالفني الشباب وخالفني الشيوخ “. رواه البخاري

Rasul Allah s.a.w. bersabda : “Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” [Riwayat Bukhari].

Rasul Allah SAW berumur 40 tahun ketika wahyu diturunkan, dan ketika itu umurnya mencapai kesempurnaan pemuda. Begitu juga khulafa yang empat, dan Ali merupakan pemuda yang paling muda antara mereka. Dan disusuli oleh baki 6 pemuda lain yang dijanjikan syurga. Dan baki sahabat-sahabat baginda yang lain.

Duhai pemuda harapan bangsa dan agama, mereka ini ialah generasi pertama dalam penyebaran dakwah Islam. Kalian semua mengetahui dari buku-buku sejarah, bahawa dua empayar besar, Rom dan Parsi jatuh menyembah bumi, tunduk pada keadilan Islam di tangan mereka.

Begitu juga dengan Syam, Mesir, Tripoli, Damsyik dan Maghribi, semuanya tunduk di bawah tangan pemuda Islam. Dan dakwah ini tersebar hampir 2/3 dunia meliputi Sepanyol yang terletak di Barat Eropah, sebahagian besar India, Turkistan dan sempadan China di Timur sehingga seorang Khalifah Abbasiyah, Harun Al-Rasyid berkata kepada awan “Turunlah di mana sahaja kamu mahu, sesungguhnya hasil keluaranmu akan kembali kepada kami”.

Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda hasil didikan Rasul SAW.

Ya Allah, sediakan bagi umat ini, para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu dari kami. Orang-orang yang menjaga ilmu-ilmu warisan Nabi kami, mengembalikan daulah Kami, kemuliaan dan keagungan ummat Kami.



Kita dan pemuda.

Hari ini masjid kita tidak mesra pemuda. Masjid kita meminggirkan orang muda, bahkan kanak-kanak. Masjid kita barangkali hanya untuk orang-orang tua atau dalam ertikata lain “daun yang bakal layu esok hari”.Adakah masjid yang meminggirkan orang muda atau orang muda sendiri yang meminggirkan diri?Tepuk dada tanya iman.

Ada juga ayah-ayah yang meninggalkan anak-anak di belakang saf dengan dunia mereka sewaktu berjumpa Allah. Malah yang lebih teruk, ada “lebai” yang tinggalkan anaknya di rumah. Si ayah alim dan hebat di masjid, tetapi dalam waktu yang sama lupa pada anaknya di rumah.Astaghfirullahalzim...Mengapa tidak dipantau anak itu?Mengapa tidak diajar anak itu?

Kita sering bicara hal-hal lain, tetapi jarang sekali kita bicara tentang masalah pemuda, tentang keruntuhan akhlak di kalangan pemuda kita. Usahkan berdiskusi tentang masalah pemuda, dibiarkan mereka(golongan muda) hanyut dengan dunia mereka dan golongan tua pula dengan dunia mereka sehingga wujud perbezaan ketara antara golongan tua dan muda.Wahai sekalian generasi kaum Adam,mengapa tidak kalian bersatu memikirkan jalan penyelesaian?

Ada ayah yang menegur anak-anak mereka, tapi mereka ego dengan umur dan pengalaman mereka. Remaja yang menegur golongan tua dikatakan kurang ajar. Golongan muda dan tua tiada bezanya, kecuali umur mereka sahaja.Tidak salah saling menasihati antara satu sama lain ke arah kebaikan dan kesejahteraan hidup.

Remaja berbuat maksiat dapat dosa, dan golongan tua berbuat maksiat juga dapat dosa. Tapi benarkah kita, golongan tua mampu ditegur oleh golongan muda, dan mampu menerima saranan dan cadangan dari orang muda?.Manakala golongan pemuda pula mudah menerima nasihat dari golongan tua?

Anda wahai pemuda,fikirkan dan renung sejenak.Kalian boleh lihat sendiri kehadiran pemuda seusia kita di masjid, di kuliah-kuliah ilmu dan sebagainya.Tidakkah kalian sedar wahai pemuda Islam harapan agama dan bangsa? . Mari kita bina generasi pewaris dari pemuda kita.

Akhir kata, aku ingin tanya "ayah-ayah" dan "golongan tua" serta "pemuda"yang membaca postku ini.
-Sejauh mana penglibatan anak-anak kalian dalam hidup kalian?
-Berapa kerapkah kalian membincangkan tentang masalah pemuda, berkongsi masalah dan pandangan dengan anak-anak remaja kalian?
-Adakah kalian sedar wahai pemudaku tentang hakikat permasalahan pemuda kini?
-Wahai pemuda,pernahkah kalian fikirkan untuk membangkitkan Islam?Bukan semata-mata menjadi orang yang dihormati dari kaca mata materialistik?

Fikir-fikirkan wahai pemuda.

Untuk pemuda, ayuh! jadilah pemuda tua yang tua dari segi ilmu dan pengalamannya menandingi manusia seusia dengannya. Rajin-rajinkan bersama dengan orang-orang tua yang berilmu, untuk mendapatkan pengalaman mereka dan ilmu mereka.

Wahai pemuda,ku coretkan bait tinta ini sebagai tanda kasih sayang seorang muslimah yang ingin melihat kaum misliminnya bangkit dan berjuang menegakkan akhlak dan peribadi yang luhur.Menjadi tonggak buat dunia kelak.Menjadi kebanggan agama dan bangsa..InsyaAllah...

~Bersama kita bina generasi pewaris~


02/01/14:09.00 am
+naim saleh +Shahdhuan Alwi Sukor +eman aziz +hardy aziz +anak johor
(selamat membaca)

25 NABI DAN RASUL

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM MUHIBBAH...



Tiba-tiba rasa rajin nak taip-menaip ni...Sekarang ni menunjukkan 6.39 pagi...Selepas Subuh tadi Intan ada terbelek buku ilmiah yang bertajuk" BUKU PANDUAN SOLAT LENGKAP" karya Abdul Rahman Ahmad keluaran Jasmin Enterprise...Terlintas di benak fikiran dan hati Intan untuk berkongsi sedikit ilmu ini di blog bila Intan baca kandungan dalam buku ini tentang "25 NABI & RASUL ynag wajib kita percayai"...Bukan Intan nak cakap apa..kadang-kadang kita sebagai umat Islam kurang menitik beratkan mengenai perkara-perkara ini...Segelintir sibuk menghafal lagu-lagu yang tidak bermanfaat sedangkan pengetahuan tentang Islam sendiri masih di aras yang kurang...Astaghfirullahalazim...mohon sama-sama kita renungkan dan berfikir sejenak...

Allahu Akbar!Allahu Akbar!Allahu Akbar!Jom kita sama-sama "refresh" balik siapakah 25 Nabi dan Rasul kita..Sebelum itu ini ada sedikit pengenalannya...

Rasul adalah utusan Allah untuk menyampaikan wahyu Allah kepada seluruh umat manusia sebagai ajaran yang dapat membawa kebahagiaan dalam kehidupan manusia semasa di dunia dan akhirat serta terhindar daripada siksaan Allah.Tidak ada yang mengetahui dengan pasti berapa jumlah Nabi dan Rasul dari mulai Nabi Adam a.s sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w.Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib kita percaya dan tahu seperti yang telah disebut dalam Al-Quran ada 25 adalah seperti berikut:

1. Nabi Adam a.s
2. Nabi Idris a.s
3. Nabi Nuh a.s
4. Nabi Hud a.s
5. Nabi Shalih a.s
6. Nabi Ibrahim a.s
7. Nabi Luth a.s
8. Nabi Ismail a.s
9. Nabi Ishak a.s
10. Nabi Ya'qub a.s
11. Nabi Yusuf a.s
12. Nabi Ayyub a.s
13. Nabi Shuib a.s
14. Nabi Musa a.s
15. Nabi Harun a.s
16. Nabi Zhulkifli a.s
17. Nabi Daud a.s
18. Nabi Sulaiman a.s
19. Nabi Ilyas a.s
20. Nabi Ilyasa' a.s
21. Nabi Yunus a.s
22. Nabi Zakaria a.s
23. Nabi Yahya a.s
24. Nabi Isa a.s
25. Nabi Muhammad s.a.w

Dan di antara 25 orang Nabi dan Rasul ini terdapat  5 orang Nabi yang mendapat gelaran Rasul Ulul 'Azmi iaitu:

1. Nabi Nuh a.s
2. Nabi Ibrahim a.s
3. Nabi Musa a.s
4. Nabi Isa a.s
5. Nabi Muhammad s.a.w

Sifat wajib bagi Nabi dan Rasul ialah:

1. Siddiq iaitu benar segala ucapan dan perbuatan.
2. Amanah iaitu dapat dipercayai dan jujur.
3. Tabligh iaitu menyampaikan perintah Allah bagaimanapun keadaannya.
4. Fathanah iaitu cerdas dan bijaksana.


Wallahualam...semoga kita sama-sama mendapat ilmu daripada perkogsian coteranhatitintaberbicara ini...InsyaAllah..:)

02/01/14:07.45 am