Wednesday, 14 May 2014

~Aku Milik Tuhanku!!!

Langkah diatur, bicara disusun,
Debaran terasa, hati gelisah;
Andai tersilap ku pohon ampun,
Jiwa diluhur semoga pasrah.

~Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera~

Hidup...Apakah itu hidup? Bagaimana pula dengan "KEHIDUPAN"? Ayuh sejenak membina minda, membuka mata, lapangkan jiwa...

Tidak ingin berbicara berjela-jela.Tidak ku ingin meluahkan rasa yang tidak terucap dek lidah, tidak tertanggung dek bahu, tidak tergambar dek deria mata...

Hanya ingin meninggalkan karya nukilan diri Insan Berdosa yang masih merangkak mencari jalan, masih terombang-ambing dek arus kehidupan, masih mencari sinar dari Tuhan, Allah S.W.T, Pencipta Yang Maha Agung...

Azamku tak mungkin kau jadikan kelabu,
Kata-kata yang sinis, pedas, panas ku jadikan membeku,
Biar ku menuju jalan penuh liku,
Biarkan cemburu terkubur,dengki mengundur,
Asalkan tak cemari hidupku,
Biarkan aku senyum selalu,
Tandanya ku tiada seteru,
Jangan kau terpenjuru,
Jangan kau bercelaru,
Aku milik Tuhanku.

Aku wanita penuh dosa,
Resah memikirkan hari kematian,
Adakah hidup ku terisi ke arahNya,
Kadang-kadang tersungkur ke lembah dosa,
Seringkali alpa mengingati ALLAH Yang Maha Esa,
Lupa, Khilaf, Tersalah langkah!

Kehidupan penuh warna-warni,
Ibarat pelangi muncul pabila hujan reda,
Harapanku kini,
Mengejar redha Ilahi,
Meniti hari demi hari,
Penuh ketenangan di hati,
Persediaan menghadap Ilahi,
kerana
AKU MILIK TUHANKU...

Setiap yang hidup pasti akan mati!!!
Allahu Akbar!!!
14 Mei/18.25 pm


Sunday, 4 May 2014

Diploma Perniagaantani...

Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat Muslim sekalian...dan Salam Sejahtera kpd sahabat-sahabat yang bukan Islam...


Dah lama sebenarnya tak jengok blog ni...macam lupa pulak yang Intan ni ada blog...hehe...Sebenarnya dalam coretan kali ini Intan nak bercerita serba sedikit tentang bidang pengajian yang Intan ambil kat Universiti Putra Malaysia, Bintulu , Sarawak...Ni juga adalah atas permintaan salah seorang sahabat di sekolah menengah dulu...

Nak kata cerita banyak tu tak lah..cuma Intan akan bercerita mengenai pengalaman yang telah dilalui sepanjang 2 semester ni...Allahu Akbar!

Baiklah...Diploma Perniagaantani menggabungkan kedua-duanya..Pertanian + Perniagaan...hakikatnya,memang seronok...lebih-lebih lagi apabila mendapat banyak ilmu pengetahuan berkenaan pertanian, ekonomi negara, perniagaan sama ada secara umum mahupun khusus dalam bidang pertanian...sejujurnya, Intan dah JATUH CINTA terhadap program ni...ye lah sebab pada mulanya Intan ni tak tahu dan tak nampak skop atau apa itu Perniagaantani..lama kelamaan, Intan dah faham...

meh baca ni...

DIPLOMA PERNIAGAANTANI

Program Diploma Perniagaantani ditawarkan untuk melahirkan tenaga separa profesional yang berketerampilan dalam mengurus, mengendali dan memanfaat sumber pertanian negara. 
Penekanan diberi dalam melahirkan graduan yang mampu mengurus organisasi selain menangani cabaran perniagaan dalam bidang pertanian terutamanya berkaitan dengan rantaian bekalan agro-makanan (agro-food supply chain).
Diploma Perniagaantani memberi tumpuan kepada bidang seperti pengurusan, pemasaran, kewangan dan keusahawanan dalam pertanian. Graduan mempunyai prospek kerjaya yang cerah dalam sektor awam atau swasta selain menjadi usahawan tani.
Diploma Perniagaantani adalah enam (6) semester dengan jumlah kredit 104 sepenuh masa (termasuk 2 kredit ko-kurikulum).


SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA PERNIAGAANTANI

Memenuhi Syarat Am Universiti serta SYARAT KHAS PROGRAM
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C atau 6C) dalam mata pelajaran Mathematics, Biology atau Science dan kepujian (Gred C atau 6C) dalam dua (2) daripada mata pelajaran berikut:
  • Chemistry
  • Physics
  • Additional Mathematics
  • Sains Pertanian
  • Perdagangan
  • Prinsip Akaun
  • Sejarah
  • Geografi
  • Subjek Sains & Teknikal berkaitan*
(*Additional Science/ Tanaman Makanan/ Teknologi Bengkel Mesin/ Kerja Menggegas dan Memesin/Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan/ Pengeluaran Makanan/ Pengeluaran Ternakan/ Hortikultur Hiasan dan Landskap/Kejenteraan Ladang/Pengurusan Ladang/Teknologi Maklumat/Asas Pemprosesan Maklumat/ Katering dan Penyajian/ Landskap dan Nurseri).
dan
Mendapat sekurang kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

PROSPEK KERJAYA
 
Graduan program ini adalah berkemahiran dalam bidang perniagaan dan berpengetahuan dalam pertanian sebagai pelengkap kepada kemasukan ke pelbagai peluang pekerjaan sama ada agensi kerajaan, badan berkanun mahupun sektor swasta termasuk kewangan dan perbankan. Selain itu, para graduan juga boleh menjadi usahawan dalam bidang pertanian.

*sumber ini saya ambil daripada = http://www.btu.upm.edu.my (taip je Diploma Perniagaantani)

Nak cerita ni, semasa semester 01 Intan berpeluang merasai pengalaman menanam jagung bersama-sama sahabat seperjuangan...Alhamdulillah seronok...Semester 02 pula kami menanam rumput pastura iaitu rumput yang menjadi makanan ternakan..Hah? ingat lembu kambing tu makan semua rumput kat tepi jalan kew?selama ni Intan pun ingat macam tu...tetapi sebenarnya tidak...!haha..memang lucu kalau fikir balik yang kami bercucuk tanam rumput pastura tu..hmm,sangat membuka minda...

Baiklah,antara subjek yang Intan belajar semasa berada di semester 01:

1) English For Academic Purposes
2) Pertanian dan Manusia
3) Biologi Pertanian
4) Matematik II
5) Kenegaraan Malaysia
6) Prinsip Pengurusan
7) Bakti Siswa ( Kokurikulum)

Semester 02 pula:

1) Pengenalan kepada Teknologi Maklumat
2) Hubungan Etnik
3) Prinsip Ekonomi
4) Tamadun Islam dan Tamadun Asia
5) Oral Interactions Skills
6) Pengenalan kepada Perniagaantani
7) Prinsip Perakaunan
8) Bola Tampar ( Kokurikulum)

oh lupa..yang Intan cerita pasal menanam tadi tu dipanggil sebagai Program Buku Hijau...:)

haa..dah jelas kan sedikit sebanyak tentang skop program ni kan?harap sedikit maklumat ini mampu menjelaskan fikiran yang tepu, mampu merungkaikan tali yang tersimpul, juga dapat membuka minda yang sempit...

Mengapa saya berkata sedemikian? Hal ini disebabkan oleh, ramai dalam kalangan remaja kini tidak berminat dalam bidang PERTANIAN dan hanya mengejar program atau bidang-bidang yang glamor sahaja..Ya, tidak salah!..Cuma,hakikat yang sebenar PERTANIAN JUGA PENTING dan mereka yang hanya memandang remeh pada bidang ini adalah salah sama sekali..

Menurut pandangan saya, semua bidang tak kira jurutera, perniagaan, pertanian, medik, pendidikan dan sebagainya adalah sangat penting dan mempunya kebaikan yang tersendiri...

Alhamdulillah...sekarang Intan sudah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..dan matlamat yang utama kini ialah mencapai kejayaan yang diberkati...Saya juga doakan sahabat-sahabat sekalian berjaya dalam bodang yang diceburi...ALLAH Maha Adil..Percayalah dan berserah diri serta bertawakkal kepada Allah tetapi jangan lupa usaha!...

Intan rasa setakat ini dulu coretan kali ini..Wallahu'alam..

p/s; dah lama sgt tak menulis ni..:)

mohon maaf atas silap dan salah...