Tuesday, 19 May 2015

Apa lg nak di"godeh" kat blog ni....

Bismillahirrahmanirrahim...



Nak cakap ni, saya jarang kemaskini blog saya ni...menulis tu minat sangat tp apabila kemalasan menjelma, idea pun bertemu di jalan mati...isk3..teruk kan? Nak cakap kat pembaca yang sudi jenguk blog saya ni, *psst, tu pun kalau ada..hahaaha..Saya ni tidak lah pandai sangat ber"bloging" ni, hanya untuk mencoret apa yang saya rasa nak kongsikan bersama pembaca dan hajat di hati ingin berkongsi sesuatu yang berguna kepada semua...Sebelum ni saya aktif di Facebook, tp saya rasa Facebook tu terlalu umum dan saya yakin, blog saya ni tak ramai pun yang jenguk.muehehe..lg satu kat FB tu ramai kenalan kan?*Segan sikit nak menulis sesuka hati..

Baiklah, tak tahu nak cakap apa lg..Anak buah saya kat sebelah (umur 3 tahun) duk sibuk bertanya,"Mak Cu dok ulis?Ulis apew?"..hahaha..Urm, sekarang tengah cuti semester, dan tak lama lagi dah nak naik sem baru..Gembira sebab dapat luang masa dengan keluarga..Yup. Intan jarang kemaskini bloig bila di rumah dan lebih aktif sewaktu di Kampus..Padahal kat rumah lg banyak masa lapang...Tapi kan, bg Intan lah bila kita menulis di saat getir atau kesempitan waktu akan membuatkan idea datang mencurah-curah..Kan?

Masa untuk mengundur diri...Wassalam..

20/05/15
12.14 pm

Tuesday, 3 March 2015

Rindu...



Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia..!

Hanya tinggal 2 minggu lagi untuk menempuh peperiksaan akhir semester 4...Yup, sejujurnya Intan sebenarnya teramat rindu akan Ma dan Abah Intan...Dalam fikiran Intan, nak habiskan sem 4 ni dan pulang ke kampung berjumpa dengan ahli keluarga...Intan nekad!Apa jua program,aktiviti yang memerlukan Intan pulang lambat atau perlu datang terlalu awal ke kampus akan Intan tolak!Kenapa?Ya,sekali lagi,,,INTAN RINDU MA ABAH SANGAT-SANGAT..=(...

Hmm, nak cerita ni, sem ni ada dua lawatan subjek. Satu ke Sibu dan satu lagi ke Kuching. Seronok sangat!Banyak ilmu baru yang Intan dapat...Bila Intan pergi ke setiap tempat terutamanya Kuching, Intan ada simpan hasrat, nak bawa ahli keluarga datang sini. Nak bercuti dengan keluarga, Ma, Abah, Kakak2 dan Abang2. Intan siap berangan-angan lagi..Menginap kat mana, nak sewa kereta...isk3...Hahaha..jauh deh otak ni berangan..kikiki.it's okay..harap2 jadi realiti..

Ada satu masa, Abah buat panggilan dan tanya tentang perjalanan lawatan Intan, Intan pun cerita lah serba sedikit. Ada satu soalan dari Abah yang buat Intan terdiam dan sebak, macam ni soalannyer,"Adik, suasana sepanjang jalan tu sama macam duk semenanjung dop?ada pokok2 ke, rumoh ke? ke hutang(hutan) je kiri kanang?mesti ada kelainang kang dr tempat kita?"..Mungkin bagi pembaca ini soalan biasa kan?Tapi tidak bagi aku, kerana di situ aku dapat membaca ada satu keinginan di situ. Ya, keinginan!..Keinginan seorang Abah yang punya rasa ingin tahu tentang sesuatu tempat, ingin melihat keindahan negara sendiri dan meneroka tempat itu. Mungkin ada pembaca yang belum tahu, Abah dan Ma Intan adalah cacat penglihatan...Kerana, Abah tidak dapat melihat, jadi abah ingin aku ceritakan kepada dia. Aku ceritakan apa yang aku lihat, aku gembira andai aku dapat berkongsi dengan abah apa yang aku alami..Ah, inilah yang buatkan aku tak sabar utk pulang..Banyak cerita yang ingin aku kongsikan dengan mereka.

Hari Jumaat yang lepas, Intan dan kawan-kawan bertolak ke Sibu untuk menerima suntikan HPV. Sewaktu dalam perjalanan, air mata menitis dengan tiba-tiba pabila terkenangkan Ma dan Abah. Ya, aku seorang yang sensitif apabila melibatkan mereka. Mengapa aku menangis? Kerana aku rindukan mereka. Aku terkenang zaman kanak-kanak aku dengan mereka. Arh, mudah sekali air mata menitis sejak akhir-akhir ini pabila rindu akan  Ma dan Abah. *Aku sembunyikan wajah drp kawan yang duduk di sebelahku kerana aku tidak mahu dia tahu...Apa yang aku kenangkan? Meh, Intan kongsikan dengan rakan pembaca...

Sewaktu di sekolah rendah, Intan berpeluang mengikuti Jejak Kepanduan PANDU PUTERI, RENJER PUTERI, TUNAS PUTERI...ketika itu masih di darjah 5. Pembaca nak tahu? Sepanjang perjalanan, Intan sangat teruja sebab itu pertama kali Intan berseorangan tanpa ahli keluarga, dan Intan seorang shj wakil dr sekolah Intan. Dan itu juga kali pertama menjejakkan diri ke Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya. Ada perkara yang terhasil akibat daripada rasa teruja itu..Hahaha.. Intan, urm..untuk pengetahuan pembaca, Intan catat semua nama tempat yang Intan lalui, yang Intan lawati sekali dengan minit dan jam..Hahah..Contoh, ok, sekarang kat Putrajaya, dah jam 2.15 petang, kat sini ada Masjid cantik,ada Tasik Cruise*bdk sk rendah,ayat pun mcm budak2 kan?...Hah. macam tu..Sebab ape Intan buat tu?Sbb Intan balik rumah nanti, Intan nak cerita kat Ma dan Abah. Abah ye lah orang merantau, dia banyak tahu pasal tempat ni. Tapi, Ma tak macam Abah.. Jadi, aku mesti cerita kat Ma. Sekurangnya, walaupun Ma tak dapat nak tengok, nak pergi kat tempat tu, tapi Ma tahu. Melalui sape? Aku..hehehe

Baiklah, kenangan tu lah yang buatkan air mata aku menitis.*nasib baik ada sapu tangan, boleh aku berlakon jd orang selesema..hahaha..Rindu, rindu kenangan zaman kanak-kanak. Rindu nak buat macam tu lagi..Jadi, bila aku balik ke kampung nanti, aku akan pastikan, aku ceritakan apa yang aku lalui sepanjang lawatan aku luar dari tempat aku belajar...Yeah!..Tak sabar nak balik cuti woi!

Nak menyelit kisah lain sikit ni..Lagi satu, sejak dua menjak ni, Intan kan, rasa lemah semacam. Tapi, Intan tak akan menyerah kalah. Sebenarnya , sem lepas keputusan PNG dan PNGK Intan jatuh, jadi sem ni Intan macam tak yakin pd diri sangat lah..Intan takut..Harapan orang disekiling tinggi menggunung, tapi macam mana nak berjaya dgn cemerlang Intan oit kalau ulangkaji pun 1/1000..*tarik nafas dalam2, hembus..Kadang-kadang, terfikir, aku ni sibuk sangat ke? Tak jugak, orang lain sibuk pandai jek. Semuanya faktor diri sendiri...Argh, malas nak cakap pasal ni..

Apa pun, kawan2, sudi-sudikanlah doakan yang terbaik untuk Intan. Doakan juga Ma dan Abah Intan. Ibu bapa kalian juga jangan dilupa. Semoga Allah redha dan masukkan kita dalam golongan yang diredhaiNya.

Wassalam.

04 Mac 2015
12.35 pm

Saturday, 7 February 2015

Dia Hanya Insan Biasa...

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Selamat Petang...

Terdetik di hati ingin berkongsi rasa dengan pembaca semua tentang kisah hati seorang wanita atau perempuan yang bercita-cita untuk menjadi seorang "MUSLIMAH".

...Dia dibesarkan dalam keluarga yang sederhana tetapi bagi dirinya, keluarga itu sangat bahagia. Membesarlah dia menjadi kanak-kanak perempuan seperti kanak-kanak yang lain. Dia punya kakak, dia punya abang. Sewaktu di bangku sekolah rendah, dia mempunyai perwatakan yang agak kasar tetapi dia masih ingat pesan ibu bapanya, hormat-menghormati mesti disemai dalam diri. Walaupun di sekolah dia berkelakuan agak kasar, suka berjalan seperti lelaki, berpakaian seperti lelaki. Katanya' "cool". Namun, dia ingat pesan ibunya, "kita perempuan ada batasnya", malah ibu bapanya juga mendidik dia supaya sentiasa berpakaian sopan. Dia masih kanak-kanak yang kadangkala terfikir akan masa hadapannya. Dia ingin sekali menceburi bidang kerjaya yang memerlukan lelaki berbanding wanita kerana dia sangat menggemari sesuatu yang mencabar. Dia ingin sekali menceburkan diri dalam bidang sukan yang digemari namun ada sesuatu yang membuatkan dia tidak berpeluang untuk itu. Walaupun begitu, dia masih gembira kerana dia berjaya, berjaya dalam erti kata untuk dirinya dan mampu membuatkan ibu bapanya bangga.

Menuju alam sekolah menengah, dipendekkan cerita, dia dimasukkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Di situ, banyak yang dipelajarinya walaupun banyak juga yang tidak difahaminya. Pada mulanya, dia sangat rimas memakai tudung labuh, panas, tak sesuai dengan wataknya! Ya, dia gemar berbaju kurung dan bertudung tetapi tidak berjilbab! Akhirnya, sedikit demi sedikit dia mampu menerima semua itu. "Alah bisa tegal biasa". Di sekolah berjilbab, di rumah hanya tudung bawal biasa. Itu normal bagi pelajar sekolah agama kerana bukan semua orang mempunyai latar belakang keluarga yang beragama, malah bagi dirinya cukuplah dia menutup aurat. Tambahan pula, berubah tak boleh mendadak katanya. Jadi, dia mula berazam untuk mengubah perilakunya menjadi lebih baik, jika sebelum ini kasar, perlahan-lahan dia ingin menjadi kurang kasar, nak ke lembut tu susah kot. Jika sebelum ini dia bermulut laser, "sound" orang sana-sini kalau tak puas hati, perlahan-lahan dia ingin membaiki tabiat dirinya.

...Ahh..dia sering keliru, "watak aku kasar, suara lantang, bertudung labuh? sesuai ke?. Namun, dengan tekad, ketika menginjak Tingkatan 3, dia mula berlatih memakai tudung labuh bukan jilbab! tp tudung bawal labuh. Dia berazam ingin mengubah diri dan perlahan-lahan berusaha mengajak adik-beradiknya juga ke arah yang lebih baik. Dia benar-benar ingin menjadi seorang muslimah. Indahnya andai dia mampu mengikut 100% syariat Allah. Jadi, dia menanam cita-cita untuk menyambung pengajian di peringkat universiti dalam bidang Syariah. Dia ingin mendalami Islam. Dia ingin mengkaji sejarah Islam. Namun, perancangan Allah lebih baik, lebih teliti, dan dia menyambung pengajian dalam bidang yang berbeza. Pada mulanya, dia terkilan tetapi akhirnya dia redha. Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya.

Setelah menjadi pelajar universiti, dia berazam untuk mengikis sikap buruknya yang lalu dan ingin menjadi insan baru. Ya, dia panas baran, cepat marah, degil, keras kepala tetapi dia berusaha untuk tidak menjadi seperti itu. Di peringkat awal, dia nampak seolah-olah berjaya mengawal dirinya namun lama kelamaan sikap-sikap itu tidak hilang, malah hadir dalam hidupnya...Ya ALLAH,dia sedih, keliru, marah, benci dengan diri sendiri. Dia tak akan putus asa! Dia berusaha untuk menjadi insan yang mampu mengawal nafsu amarah, dengan akal dan iman yang ALLAH kurnia. Di universiti, dia ditemukan dengan sahabat-sahabat yang baik. Baginya, kita sebagai kawan harus saling melengkapi. Menerima lebih dan kurang seadanya.

Tetapi, tiada siapa yang tahu, walau dia nampak ceria, kadangkala sering marah sentiasa, hatinya sunyi. Sunyi mengenangkan diri ini jauh dari ILAHI. Sedih mengenangkan goyahnya IMAN di hati. Sering terfikir, bagaimana andai aku pergi dijemput ILAHI??? Sudahkah aku benar-benar menjadi "MUSLIMAH" yang taat kepada perintah Allah? Sudahkah aku berjaya membimbing ahli keluargaku?. Allau, setiap hari dalam fikirannya hanya itu. Dia seringkali menceritakan kisah hati kepada teman-temannya kerana dia bukan perahsia. Tetapi masih ada perkara yang tidak mampu terungkai dek lidah kerana itu semua kisah hatinya. Biar hati menjadi diari yang setia. Biar ALLAH menjadi pendengar rintihan hambaNya.

Dia tahu, untuk menjadi hamba ALLAH yang diredhai, "MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH dan MENJAGA HUBUNGAN SESAMA MANUSIA" itu penting. Dapat dia rasakan, dia tidak memenuhi keduanya, kerana dia sering melukakan dan dia sering terleka. Dia sering melukakan hati ibu bapanya, dia sering melukakan hari sahabatnya. Di hatinya, sayang tinggi menggunung namun dia seorang yang tidak pandai menzahirkan rasa sayang.Ya ALLAH, pedihnya dalam hati. Katanya, mengapa sukar sekali untuk di istiqomah? Mengapa sukar sekali aku menjaga lidah? 

Wahai manusia di luar sana, ya, dia bertudung labuh, tak bererti dia sempurna. Dia juga masih mencari rentak dalam hidupnya. Melawan nafsu mudanya. Dia masih berusaha menebalkan imannya.

Dia tak akan pernah mengalah. Dia akan berusaha untuk berubah. Biar dia berasa lelah dengan dugaan yang mencelah. Dalam fikirannya, hanya ada kedua ibu bapa dan ahli keluarganya. Dia yakin ALLAH Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. 

Pembaca, sudikanlah mendoakan "dia" agar dia terus istiqomah dan tabah dalam perjalanan menuju syurga ILAHI. Agar dia tabah menempuh neraka dunia.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapa kami, ahli keluarga kami, guru-guru kami, muslimin dan muslimat baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia."