Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat Muslim sekalian...dan Salam Sejahtera kpd sahabat-sahabat yang bukan Islam...
Dah lama sebenarnya tak jengok blog ni...macam lupa pulak yang Intan ni ada blog...hehe...Sebenarnya dalam coretan kali ini Intan nak bercerita serba sedikit tentang bidang pengajian yang Intan ambil kat Universiti Putra Malaysia, Bintulu , Sarawak...Ni juga adalah atas permintaan salah seorang sahabat di sekolah menengah dulu...
Nak kata cerita banyak tu tak lah..cuma Intan akan bercerita mengenai pengalaman yang telah dilalui sepanjang 2 semester ni...Allahu Akbar!
Baiklah...Diploma Perniagaantani menggabungkan kedua-duanya..Pertanian + Perniagaan...hakikatnya,memang seronok...lebih-lebih lagi apabila mendapat banyak ilmu pengetahuan berkenaan pertanian, ekonomi negara, perniagaan sama ada secara umum mahupun khusus dalam bidang pertanian...sejujurnya, Intan dah JATUH CINTA terhadap program ni...ye lah sebab pada mulanya Intan ni tak tahu dan tak nampak skop atau apa itu Perniagaantani..lama kelamaan, Intan dah faham...
meh baca ni...
Program
Diploma Perniagaantani ditawarkan untuk melahirkan tenaga separa
profesional yang berketerampilan dalam mengurus, mengendali dan
memanfaat sumber pertanian negara.
Penekanan
diberi dalam melahirkan graduan yang mampu mengurus organisasi selain
menangani cabaran perniagaan dalam bidang pertanian terutamanya
berkaitan dengan rantaian bekalan agro-makanan (agro-food supply chain).
Diploma
Perniagaantani memberi tumpuan kepada bidang seperti pengurusan,
pemasaran, kewangan dan keusahawanan dalam pertanian. Graduan mempunyai
prospek kerjaya yang cerah dalam sektor awam atau swasta selain menjadi
usahawan tani.
Diploma Perniagaantani adalah enam (6) semester dengan jumlah kredit 104 sepenuh masa (termasuk 2 kredit ko-kurikulum).
SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA PERNIAGAANTANI
Memenuhi Syarat Am Universiti serta SYARAT KHAS PROGRAM
Mendapat
sekurang-kurangnya kepujian (Gred C atau 6C) dalam mata pelajaran
Mathematics, Biology atau Science dan kepujian (Gred C atau 6C) dalam
dua (2) daripada mata pelajaran berikut:
- Chemistry
- Physics
- Additional Mathematics
- Sains Pertanian
- Perdagangan
- Prinsip Akaun
- Sejarah
- Geografi
- Subjek Sains & Teknikal berkaitan*
(*Additional
Science/ Tanaman Makanan/ Teknologi Bengkel Mesin/ Kerja Menggegas dan
Memesin/Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan/ Pengeluaran Makanan/
Pengeluaran Ternakan/ Hortikultur Hiasan dan Landskap/Kejenteraan
Ladang/Pengurusan Ladang/Teknologi Maklumat/Asas Pemprosesan Maklumat/
Katering dan Penyajian/ Landskap dan Nurseri).
dan
Mendapat sekurang kurangnya Gred E/8E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.
PROSPEK KERJAYA
Graduan program ini adalah berkemahiran dalam bidang perniagaan dan berpengetahuan dalam pertanian sebagai pelengkap kepada kemasukan ke pelbagai peluang pekerjaan sama ada agensi kerajaan, badan berkanun mahupun sektor swasta termasuk kewangan dan perbankan. Selain itu, para graduan juga boleh menjadi usahawan dalam bidang pertanian.
*sumber ini saya ambil daripada = http://www.btu.upm.edu.my (taip je Diploma Perniagaantani)
Nak cerita ni, semasa semester 01 Intan berpeluang merasai pengalaman menanam jagung bersama-sama sahabat seperjuangan...Alhamdulillah seronok...Semester 02 pula kami menanam rumput pastura iaitu rumput yang menjadi makanan ternakan..Hah? ingat lembu kambing tu makan semua rumput kat tepi jalan kew?selama ni Intan pun ingat macam tu...tetapi sebenarnya tidak...!haha..memang lucu kalau fikir balik yang kami bercucuk tanam rumput pastura tu..hmm,sangat membuka minda...
Baiklah,antara subjek yang Intan belajar semasa berada di semester 01:
1) English For Academic Purposes
2) Pertanian dan Manusia
3) Biologi Pertanian
4) Matematik II
5) Kenegaraan Malaysia
6) Prinsip Pengurusan
7) Bakti Siswa ( Kokurikulum)
Semester 02 pula:
1) Pengenalan kepada Teknologi Maklumat
2) Hubungan Etnik
3) Prinsip Ekonomi
4) Tamadun Islam dan Tamadun Asia
5) Oral Interactions Skills
6) Pengenalan kepada Perniagaantani
7) Prinsip Perakaunan
8) Bola Tampar ( Kokurikulum)
oh lupa..yang Intan cerita pasal menanam tadi tu dipanggil sebagai Program Buku Hijau...:)
haa..dah jelas kan sedikit sebanyak tentang skop program ni kan?harap sedikit maklumat ini mampu menjelaskan fikiran yang tepu, mampu merungkaikan tali yang tersimpul, juga dapat membuka minda yang sempit...
Mengapa saya berkata sedemikian? Hal ini disebabkan oleh, ramai dalam kalangan remaja kini tidak berminat dalam bidang PERTANIAN dan hanya mengejar program atau bidang-bidang yang glamor sahaja..Ya, tidak salah!..Cuma,hakikat yang sebenar PERTANIAN JUGA PENTING dan mereka yang hanya memandang remeh pada bidang ini adalah salah sama sekali..
Menurut pandangan saya, semua bidang tak kira jurutera, perniagaan, pertanian, medik, pendidikan dan sebagainya adalah sangat penting dan mempunya kebaikan yang tersendiri...
Alhamdulillah...sekarang Intan sudah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..dan matlamat yang utama kini ialah mencapai kejayaan yang diberkati...Saya juga doakan sahabat-sahabat sekalian berjaya dalam bodang yang diceburi...ALLAH Maha Adil..Percayalah dan berserah diri serta bertawakkal kepada Allah tetapi jangan lupa usaha!...
Intan rasa setakat ini dulu coretan kali ini..Wallahu'alam..
p/s; dah lama sgt tak menulis ni..:)
mohon maaf atas silap dan salah...
assalamualaikom akak, mcm mner sy nk apply?
ReplyDeleteWaalaikumussalam Haniff kr..dush,tumbuk kang!
ReplyDeleteassalammualaikum akak intan
ReplyDeletesaya baru saja dapat tawaran dip perniagaantani di upm bintulu sarawak sama macam akak. so kalau boleh saya nak tanya akak macam mana pengalaman akak dalam kos ni.kalau akak tak keberatan saya nak tanya akak dengan lebih lanjut lagi.saya harap akak terima permintaan saya.ini emel saya wahidahazmi184@yahoo.com.my.maaf menganggu ^_^.terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumussalam dear..maaf saya baru buka blog...inshaAllah boleh setakat yg saya mampu kgsikan..hehe..
ReplyDeleteSalam kak intan, saya diterima masuk ke kos diploma perniagaantani (kolej risda) ucam. nak tnye mahal tak yuran kos ni ? dan selepas kita hbis belajar apa pluang kerja yg kita dpat. Mohon kak intan kongsi pendapat.
ReplyDeleteWaalaikumussalam..maaf, akak lupa sama ada akak dah respon kpd soalan awak atau tidk...akak mitk maaf sgt...btw, skang bljar kat mana?
DeleteWaalaikumussalam..maaf, akak lupa sama ada akak dah respon kpd soalan awak atau tidk...akak mitk maaf sgt...btw, skang bljar kat mana?
DeleteAssalamulaikum..hai kak sy dpt tawaran ke upm bintulu..kos sama mcm akak perniagaantani..21 jun ni daftar..kalau kak intan x keberatan add la fb sy nurul najehan azarudin sbb nk juga tnya beberapa soalan👌
ReplyDeleteAkak.. Sya nk juga tya, kalau ambil bidang ni nnti dpt pkerjaan apa ya?
ReplyDeleteBahagian pemasaan dgn pertanian. Boleh dpt
DeleteAkak...saya x blh baca blog ni dgn jelas la😂👌
ReplyDeleteassalamualaikum akak..boleh tak tanya tadi ada saya ada dpt tawaran course ni..nak tanya best tak tajuk ni..and then pembelajaran semuannya in english ke atau bm juga?? mohon d jawab
ReplyDeleteBest seronok belajar cos ni lebih” lagi banyak pengalaman di bintulu pembelajaran pon best boleh english boleh bm dua” boleh tngok atas lecture
DeleteBackground dgn tulisan Hitam langsung tak boleh baca...Mohon tukar tulisan ke warna putih plss .😊
ReplyDelete