Baru beberapa minit yang lepas ku mengukir bicara di laman ini...Tina-tiba terdetik di lubuk hati untuk membait coretan tinta tentang sesuatu...
~Ku buka lembaran dengan serangkap pantun~
Gagah Hang Tuah wira pertiwi,
Sumpah dilaksana diri menghilang;
Tahun 2013 mengundur diri,
Detik 2014 kini menjelang.
Saat berganti saat.minit berganti minit,jam berganti jam,hari demi hari,bulan demi bulan dan tahun demi tahun.Akhirnya kini 2013 bakal mengundurkan diri memberi ruang agar 2014 menjelma sebagai pengganti.Sungguh,tanpa sedar mata berkelip,lidah berkata-kata,tangan sibuk bekerja,kaki mengorak langkah rupanya bakal muncul tahun yang baru dalam hidup ini (mengikut kalendar Masihi).Ku fikir dan berbicara sendiri,"akan samakah tahun yang mendatang dengan sebelumnya?",...Entah,aku sendiri tiada jawapannya...Bagiku walau apa jua rintangan mahupun cabaran di masa depan, tempuhilah,rintangilah kerana itu adalah PELANGI KEHIDUPAN kita...
Tidak terdetik untuk berbicara panjang,hanya ingin menyampaikan pesan...Sekiranya ada perkara buruk mahupun silap dan salah yang dilakukan sepanjang 2013,kita jadikanlah ia sebagai pengajaran dan pengalaman yang berguna buat diri.Pepatah Melayu ada mengatakan,"buang yang keruh,ambil yang jernih",...Setiap pengajaran dan nilai yang diambil itu,jadikanlah ia sebagai 'guru' di masa hadapan.
PERJUANGAN TIDAK AKAN PERNAH BERHENTI SELAGI NAFAS MASIH BERSAMA JASAD
![]() |
Baca x?haa..Doa tu sangat penting tau wahai umat Islam sekalian...Doa tu kan penghubung antara kita sebagai hamba dan Pencipta yakni Allah S.W.T |
Di samping itu,pada tahun yang mendatang,haruslah kita membentuk jalan yang dilalui agar ianya di landasan yang benar dan sudah tentu lebih baik dari tahun sebelumnya.InsyaAllah mudah-mudahan hidup Intan dan sahabat-sahabat semua juga dilimpahkan rahmat olehNya.Jangan ulangi kesilapan lalu yang telah menghantui segenap ruang kehidupan kita.
BUKAN MENGALAH MENGUNDUR DIRI
TETAPI
MENGORAK LANGKAH ATUR STRATEGI