Wednesday, 25 December 2013

~HINDARI SIFAT MALAS~

Haa..selamat bersua teman-teman semua...ni intanday nak cakap pasal malas tau...hmm,ape ye malas tu?kuih ke?rojak?atau pokok?...ek,ek... x kan x tahu ape malas tu kan?malas lah yang glamour dan kadang2 dah jadi macam zikir kat mulut manusia ni..agak2 lah kan mulut intanday dan teman2 semua terkecuali x?Kalau intan tanya diri intan rasanyer intan pun termasuk jugak dalam kategori manusia yang suke benor duk berzikir dgn perkataan malas ni...Astaghfirullahalazim...

       Sebagai insan yang punya hati nurani,intan nak nasihat lah untuk diri dan kawan2 semua agar kita sama2 hindari penyakit malas ni.Kenapa kita perlu hindari sifat ni?Sebabnya sifat malas adalah salah satu sifat2 mazmumah ataupun orang putih duk cakap sifat yang negatif(-)..Dah sebut negatif maknanya ia melambangkan sesuatu yang buruk dan tidak bermanfaat untuk diri mahupun orang lain...

      Bagi intan kan kalau kita malas nak buat keje ke ape ke,kita tetap kene paksa..Betul!!!nak buat mende baik memang kene kerah tenaga mental dan fizikal tp kalau dah bnde yang x elok mudah aje kan?Tu lah sebabnya kita kene selalu sedar...Kene ada MATLAMAT hidup!!!dan jadi manusia yang berPRINSIP...ye x?hmm,kan bila dah ada matlamat tu mesti ler kene beringat bila nak buat sesuatu..Meh sini nak bagi tips sikit mcm mana nak hindari malas...Jom>>>>tgok bawah;

Bila dah terdetik rasa malas,cuba korang istighfar(bg yang muslim)byk2...Cuba muhasabah diri balik tentang apa yang kita mahu dalam hidup ni..Adakah sekadar mencari kesenangan yang sementara atau kebahagiaan yang diberkati???Ingat mak dan ayah yang selama ni banyak berkorban untuk kita...Adakah kita sanggup menghampakan harapan mereka?Mesti pernah dengar kan pepatah ni,"Orang yang malas akan menemui kegagalan"...Itu bermakna untuk mencapai sesuatu,kita tidak boleh malas..Jangan mengikut hawa nafsu.Hanya dengan berusaha,berusaha dan berusaha barulah kita akan mencapai kejayaan...InsyaAllah setelah kita berdoa dan bertawakkal kehadhrat Ilahi...Firman Allah S.W.T dalam Surah Ar-Ra'd:ayat 11;

. ....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ .... 

Ertinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” .


 
 ALLAHU AKBAR!!!
Oleh sebab itu,kita jangan hanya bercakap di mulut yang kita nak berjaya sedangkan usahanya tidak ada.Nak berjaya kene usaha..Macam kita nak makan nasi jugak kan?Nasi tu tak akan melompat masuk sendiri kat dalam mulut kita,kene kita ambil dan suapkan ke dalam mulut...Orang yang rajin berusaha dan tidak malas pastinya akan menemui kejayaan.InsyaAllah,yakinlah dengan setiap janji2 Allah S.W.T...Pepatah Melayu ada mengatakan,"Alang-alang menceluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan","Genggam bara api biar sampai jadi arang"...Cuba kita ibaratkan,kita ada angan2 untuk berjaya dalam kehidupan ini seperti ingin menggenggam bara api.Kemudian mendapat peluang untuk menyambung pelajaran dan kita menyahut seruan untuk belajar di menara gading seperti kita telah menggenggam bara api tersebut.Namun kita lalai dan sambil lewa dalam perjuangan menuntut ilmu seolah-olah kita sudah tidak sanggup lagi menggenggam bara api itu supaya ia menjadi arang.Samalah seperti kita menggali lubang kegagalan untuk diri sendir..Naudzubillah..
Renungan bersama sebagai insan yang sering alpa..:)
 
~Hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan~

No comments:

Post a Comment