Penuh debaran lembaran dibuka , Salam Bismillah , Selamat Bersua~^ ^~
Melihat mentari menyinar cerah menzahirkan senyum di wajah.Alhamdulillah nafasku masih bersama jasad.Nadiku masih berdenyut pantas.Mataku masih mampu melihat alam yang luas.Terdetik di hati kecilku,sungguh terpelihara alam ini.Namun sedikit kesal kerana ada juga bumi kita yang terjejas flora dan faunanya dek kerana manusia.Akalku berfikir samakah manusia seperti alam ini?Alam ini diciptakan Tuhan,manusia juga makhluk ciptaanNya.Alam bisa musnah kerana tangan manusia,dan adakah manusia juga akan musnah akibat perbuatan sendiri?Ya!Cuba ibaratkan alam ini,andai kita bersambil - lewa maka tercemarlah bumi kita.Begitu juga dengan manusia,andai tidak menjaga diri sendiri dengan sebaiknya mengikut landasan syariat Allah S.W.T, apakah yang akan terjadi?Tepuklah dada tanyalah iman...
Ingin ku coret perihal emas,ingin ku tanya perihal permata, dan ingin ku cari siapa yang berharga...Aku wanita yang diciptakan sebagai makhlukNya.Bergelar seorang anak kepada ibu bapa,seorang adik kepada adik - beradiknya,seorang pelajar kepada gurunya,seorang sahabat kepada sahabatnya, dan aku adalah hamba Allah Yang Maha Esa.Apa kaitannya emas,permata dengan diriku?Tidak! bukan aku ingin berbicara tentang aku tetapi tentang "WANITA","PEREMPUAN", atau "MUSLIMAH"...Wanita sangat istimewa.Oleh itu , jadilah wanita yang bercita- cita tinggi.Berhati - hatilah terhadap jebakan yang menjatuhkan dan menghinakan.Puliharalah maruah sebagai seorang wanita yang terpelihara.
Wanita,
Jadilah wanita yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyuk,
Hijablah maruahmu(aurat),bentengkan ia dengan rasa malu,
Jadilah wanita yang penyabar, selalu berharap akan pahala Allah, bertaubat dan sentiasa kembali ke jalanNya,
Selalulah berzikir wahai diri,bersyukurlah,berdoalah dengan penuh kesedaran,
Teladani Asiyah(isteri Fir'aun),Contohilah Khadijah(isteri Rasulallah),
Jagalah wahai wanita dirimu dengan nilai - nilai yang baik dan suri teladan,
Jadikan dirimu wanita yang terusik apabila melanggar aturan Tuhan dan jauhkan dirimu dari perkara - perkara yang haram.
Wanita,
Jadilah seperti pohon kurma ; tinggi cita - citanya.kebal dari penyakit dan bila dilempar batu,ia membalas dengan menggugurkan buahnya,
Hapuskan air matamu dan berprasangka baiklah dengan Allah Pencipta kita.
Hilangkan segala resah dan sedih dengan mengingati nikmat kurnianNya,
Padamkan api kemarahan dengan memaafkan insan - insan yang pernah berbuat salah kepada diri.
Bertaubatlah kepada Allah moga diampunkan dosa.
Wanita,
Dirimu ibarat emas yang sangat berharga,
Seperti permata yang bercahaya kilaunya,
Ibarat mutiara yang sukar diusik dari cengkerangnya.
Jangan biarkan dirimu mudah rebah dek nafsu serakah,
Jangan kamu tunduk terhadap asyiknya dunia,
Bermuhasabahlah apabila kamu leka,
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa.
Janganlah kamu bimbang untuk kembali kepada Allah kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Firman Allah S.W.T :
"Sesungguhnya Aku tidak akan mensia - siakan amal orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan,..."
(Surah Ali - Imran : Ayat 195)
"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepadaNya...."
(Surah An - Naml : Ayat 62)
Oleh itu, wahai wanita ayuh kita memelihara diri kita daripada fitnah duniawi.Jagalah akhlak dan peribadi.Kuatkan tunjang jati diri.Teguhkan iman dalam diri.
Siapa Emas?Siapa Permata,,,Siapa yang Berharga?
~Kalianlah duhai wanita hiasan dunia~
Akuwanitamasihmencarisinardiri~9.58 a.m
wanita itu tinggi darjatnya..jaglah ia agar sentiasa terpelihara..ku coretkan ini buat diri ku jua dan insan yang bergelar wanita...
ReplyDelete