Thursday, 5 December 2013

Permulaan Disember Aku Berbicara


Bismillahirrahmanirrahim...

Disember,ku seru namamu.Lidah membisu,akal keliru.Terkenang aku akan peristiwa yang sering berlaku apabila menjelmanya Disember setiap hujung tahun.Kini sudah tiba Disember 2013.Pasti jua akan tertanya,"Apa yang berlaku?","Kenapa perlu Disember?"...Entah mengapa setiap detik ketika ini sungguh mengusik kalbuku,meracau fikiranku dan aku buntu.Di kejauhan dalam medan perjuangan menuntut ilmu ,terkenang daku akan keluarga di kampung halaman.Tersentap hatiku apabila dikhabarkan oleh abah yang aku kasih bahawa negeriku,tanah airku dilanda banjir yang teruk.Ya,saban tahun negeri kami akan dilanda banjir namun banjir pada kali ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.Sungguh menyayat hati apabila rumah-rumah ditenggelami air,harta dibawa hanyut dan mangsanya terpaksa  menanggung beban kerugian.Alhamdulillah kawasan tempat tinggalku tidak dilanda banjir.Syukur Ya Allah.

Terlintas di fikiran,"Bagaimana mereka menghadapi setiap ujian ini?".Namun inilah yang dinamakan kebesaran Tuhan yakni Allah Yang Maha Berkuasa.Ujian diturunkan kepada hambaNya sebagai tanda kasih dan sayang Pencipta terhadap hambaNya.Menguji keimanan dan hati umat manusia.Tidak pernahkah berlaku ke atas diri kita?Apabila diberi kesenangan,kita bahagia,leka,alpa dan asyik dengan duniawi sehingga lupa yang mana larangan dan yang mana suruhan Allah S.W.T..Tetapi apabila ditimpa sedikit musibah,mudah sahaja kita meminta pertolongan Yang Maha Esa.Dan ada juga yang merungut dan mengeluh terhadap apa yang menimpa.Memang diakui bahawa manusia itu tidak  semuanya sempurna.Iman kita turun naik.Kadang-kadang di atas dan adakala di bawah.Oleh sebab itu,saling mengingati antara satu sama lain itu perlu.Allah telah berjanji kepada setiap hambaNya bahawa Dia tidak akan menurunkan ujian kepada hambaNya melainkan di atas kemampuan mereka sendiri.

Berbalik kepada peristiwa banjir di Terengganu dan Pantai Timur,aku yang tidak menghadapinya mungkin tidak merasa perit jerih mangsa-mangsa banjir.Namun sebagai insan yang punya hati dan perasaan,marilah sama-sama kita mendoakan mangsa-mangsa banjir tidak kira di mana pun semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan dalam mengahadapi setiap ujian ini.Hatta jika tidak mampu menyumbang dalam bentuk tenaga dan wang,bagi mereka yang beragama Islam doa adalah penghubung seseorang dengan saudaranya yang lain."Doa adalah senjata bagi orang mukmin".Mohonlah pertolongan Allah S.W.T agar diringankan beban mereka dengan izinNya.


"HasbiAllahu wa ni'mal wakiil"
~Cukuplah Allah penolong bagiku~

*PrayForThem*





intandaytahir~^^~06Dis2013

1 comment:

  1. Sekadar luahan fikiran di saat hati teringat kampung halaman...:)

    ReplyDelete